Wednesday, November 9, 2011

CARA MUDAH BEZAKAN PERFUME ORIGINAL DENGAN PERFUME TIRUAN


Kepada perfume addict, mungkin tak menjadi masalah untuk kenalpasti sama ada perfume tu original atau imitation (tiruan ---> super grade, AA/AAA). Cara mudah untuk kenalpasti ke"original"an sesuatu perfume tu:
1. Packaging
Kalau dah biasa beli perfume original, pasti tahu cara packaging yang original macam mana. Kena pastikan ada label manufacturer, supplier & tarikh pembuatan (manufactured date). Lagi satu, selalunya perfume imitation hanya dalam  botol saiz 100ml sahaja. [Saiz 50ml, 30ml atau 20ml memang jarang sangat]

2. Harga
Selalunya kalau perfume yang original untuk 100ml tak akan kurang harganya dari seratus ringgit. Tapi kadang² ada juga yang jual murah dari harga pasaran. Tapi kalau perbezaannya terlalu banyak, mungkin perfume tu adalah perfume tiruan. Contohnya : Di kaunter pasaraya perfume berharga RM250, tapi di pasar malam atau ekspo dijual pada harga RM50 sahaja, nampak sangat le perfume tu tak original.

3. Kacairan (liquidation)
Perfume original bentuk kecairannya bukan macam air.  Dia akan kelihatan macam water-oily. Kalau digoncang, ianya akan berbuih banyak tapi kecil² & hilang dalam masa yang agak lama. Berbanding dengan perfume tiruan, ianya akan berbuih banyak dan besar²  tapi buihnya akan hilang dengan cepat [kerana telah dicampur dengan air]


Lagi satu, sembur perfume pada kertas. Kemudian kibas² kertas supaya kering. Perfume ori akan nampak kesan pada kertas tersebut. Jika tiruan, bekas semburan akan hilang.  Ini adalah kerana perfume tiruan telah dicampur dengan spirit, jadi spirit cepat meruap & hilang. Sebab  itu, jika perfume tiruan, bila terkena kulit, akan rasa sejuk.


4. Bau
Perfume original, baunya akan bertahan untuk jangka masa yang lama. Tapi jika ianya tiruan, baunya hanya bertahan sekejap sahaja [hampir menyerupai EDT atau cologne sahaja].

Semoga dengan tips ini membantu korang semua membezakan antara minyak wangi asli dengan yang tiruan.
PERFUME AVON PUN ADA YANG TIRUAN TAU TERUTAMANYA FARAWAY!!! 
Hati² bila membeli yer..





0 comments:

Related Posts with Thumbnails