Tuesday, October 26, 2010

Keperluan Jam Tangan Pada Seorang Wanita



  • Jam tangan adalah aksesori yang tidak salah digayakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Apa sahaja acara, majlis atau aktiviti yang anda lakukan, jam tangan terus relevan pada gaya anda.
  •  Jam tangan yang anda gayakan adalah satu indikator kepada citarasa anda.
  • Selain seluar, jam tangan juga boleh diijadikan sebagai pengukur bentuk badan anda. Maksudnya, jika jam tangan yang anda gayakan semakin ketat mencengkam pergelangan tangan, itu tandanya berat badan anda sudah bertambah. Tangan pun semakin melebar.
  •  Jam tangan berkualiti  khususnya jam tangan jenama mewah boleh dijadikan sebagai satu pelaburan. Jam tangan edisi terhad khususnya, bila sampai satu peringkat akan menjulang nilainya. Ia akan jadi vintaj. Jika anda ingin menjual, pasti ada sahaja yang ingin membeli.
  • Seutas jam tangan punya kuasa hebat dalam mengubah penampilan anda. Misalnya, jika anda lengkapkan penampilan anda dalam gaun koktel dengan padanan jam tangan besar dengan tali rona hitam, ia akan menyuntik penampilan yang 'bold'. Anda boleh bereksperiman gaya dengan hanya seutas jam tangan.
  •  Ia juga mempunyai magis menyuntik elemen mewah pada penampilan anda. Walaupun seutas jam tangan di tangan anda itu tidaklah secanggih  atau semewah jenama-jenama tersohor, namun jika anda bijak memilih rekaan dan materialnya, penampilan anda boleh tampak elegan dan 'mahal'.




0 comments:

Related Posts with Thumbnails