Tuesday, March 16, 2010

Tip Solekan Mata Yang Mudah & Murah


Perasankah anda bahawa eyeshadow yang anda pakai akan  semakin pudar menjelang petang & anda terpaksa memakai semula eyeshadow anda supaya warnanya kekal? Apakah cara termudah & termurah untuk mendapatkan solekan mata yang tahan lama? Bagaimanakah caranya untuk memastikan warna eyeshadow anda bertahan lebih lama?


Hanya gunakan LIPBALM... Ya, lipbalm adalah jawapannya. Jangan ingat lipbalm hanya boleh digunakan untuk bibir sahaja ye. Ia juga sebenarnya boleh digunakan sebagai salah satu bahan untuk solekan mata anda!


Caranya, selepas anda menyapu foundation atau concealer di kawasan mata anda, sapukan satu lapisan nipis lipbalm ke kelopak mata anda. Kemudian barulah anda sapukan eyeshadow anda. Senang bukan?  Selain dapat mengekalkan warna eyeshadow anda sepanjang hari, ia juga dapat menyerlahkan warna eyeshadow anda.  Cubalah sendiri & lihat perbezaannya!

Seringkali  eyeshadow jenis powder yang dipakai seolah2 tidak melekap pada kelopak mata. Walau sebanyak mana eyeshadow ditenyeh ke mata anda, warnanya seakan tidak menyerlah di kelopak mata anda. Selain daripada tips di atas, anda juga boleh membasahkan sedikit berus eyeshadow anda dengan sedikit air sebelum mencalitnya dengan eyeshadow. Ini sesuai untuk eyeshadow jenis debu atau serbuk. Ia dapat mengekalkan warna eyeshadow anda lebih lama. 

Satu lagi tips yang berguna supaya solekan mata anda tahan lama ialah dengan menggunakan bedak bayi [baby powder]. Caranya mudah sahaja:


1. Oleskan lapisan nipis concealer di kelopak mata anda. Ratakan dengan berus atau jari anda.

2. Sapukan seluruh kawasan mata anda dengan bedak bayi dengan menggunakan berus. Anda boleh sapukan juga bedak bayi di bahagian bawah mata.


3. Susuli dengan eyeshadow, eyeliner & maskara seperti biasa.

Semoga dengan tips2 mudah ini dapat membantu anda!




0 comments:

Related Posts with Thumbnails