Thursday, March 11, 2010

Faraj Gatal & Berbau


Salam mesra kepada pembaca setia AVONPARADISE...

Hari ni nak cerita pasal bahagian sulit lak. Asyik cerita pasal mekap, coli, akesori, perfume dan skincare aje, hari ni  nak citer tentang salah satu bahagian tubuh wanita yang amat penting iaitu vagina atau faraj.

Vagina atau faraj adalah alat reproduksi yang harus mendapat perhatian yang cukup serius. Ia amat penting hingga diibaratkan seperti permata yang tidak ternilai harganya.

Namun begitu, tidak ramai golongan wanita menyedari betapa pentingnya penjagaan "harta" mereka yang satu itu. Memang tidak dapat dinafikan kecantikan dan kebersihan luaran amat penting. Tetapi ingatlah jika harta yang satu itu tidak terjaga, bagaimana cantik pun rupa paras, kedudukan anda masih belum selamat.



Sebenarnya, alat sulit memiliki bau yang tersendiri. Memang baunya agak tajam, tetapi anda tidak perlu menyemburnya dengan wangi-wangian agar ia seharum mawar. Biarpun baunya sedemikian rupa, ianya masih menjadi kegilaan ramai jejaka. Dari dahulu sampai sekarang!

Apa yang perlu anda lakukan ialah menjaga kebersihannya. Ini kerana faraj agak sensitif kepada perubahan iklim di kawasan persekitarannya. Oleh kerana tempatnya agak tersembunyi, maka ia selalu berkeadaan lembap. Suhu lembap  faraj yang normal berada 2 hingga 2.5 darjah celcius.

Sekiranya lebih daripada itu, faraj akan mengeluarkan bau yang kurang sedap. Jika kurang pula faraj akan menjadi kering. Faraj yang lembap menjadi  kegemaran kulat dan bakteria. Penggunaan sabun yang berlebihan juga boleh menyebabkan faraj menjadi gatal-gatal, keputihan, bengkak disekitar faraj dan rasa sakit.

Akibatnya, kenikmatan hubungan suami isteri akan terjejas. Jika faraj bermasalah dan tidak dirawat, ia mendedahkan sistem reproduksi kepada jangkitan penyakit.

Beberapa TIP dibawah boleh digunakan untuk memelihara kesihatan faraj anda.

# Gunakan air kemudian campurkan cucian wanita (pH 3.5) - (picit sebesar duit syiling 10 sen) dan bersihkan faraj. Jangan gunakan tisu. Kemudian bilas dengan air bersih sekali lagi.

# Semasa haid, gantikan tuala wanita setiap lima jam sekali bagi mengelakkan menjadi tempat bakteria membiak.

# Jangan masukkan jari atau benda keras ke dalam faraj walaupun dengan tujuan membersihkannya.

# Jangan memakai sabun wangi atau shower gel pada kemaluan kerana ia boleh menyebabkan kerengsaan dan jangkitan.

# Jangan gunakan pembersih wanita setiap hari. Selang antara tiga atau empat hari kerana ia boleh merosakkan pH faraj yang normal. Tabiat membasuh faraj dengan pembersih wanita setiap hari bukan hanya menutup jangkitan tetapi sebenarnya menghilangkan keseimbangan dengan merubah pH normal dan bakteria berguna pada faraj.

# Jangan semburkan wangi-wangian pada alat sulit kerana ia juga boleh mengakibatkan jangkitan.

# Bagi suami isteri bersihkan kemaluan terlebih dahulu sebelum melakukan hubungan intim bagi mengelakkan bakteria. Jangan terus tidur selepas melakukan hubungan intim, sebaiknya basuh dulu kemaluan selepas hubungan.

Ada begitu banyak iklan tentang pembersih faraj yang baik. Antaranya ialah dari rangkaian Simply Delicate Avon. Walaupun namanya pembersih wanita, tetapi ianya boleh digunakan oleh kaum lelaki juga.



Pada lelaki yang ada mengalami rasa kegatalan dan ingin menjaga zakar agar harum dan nyaman serta selesa, anda wajar mencuba pencuci wanita ini. Ia juga  boleh digunakan pada wanita muda yang belum berkahwin atau remaja tidak kira lelaki atau perempuan.

Kegatalan pada kemaluan adalah satu keadaan yang mana ramai wanita malu untuk bertanya dan tidak mendapatkan rawatan. Ia berlainan daripada keputihan. Keputihan boleh menyebabkan kegatalan, tapi ramai yang tidak mengetahu satu masalah yang biasa ini. Ini termasuklah remaja, wanita dewasa terutamanya yang hampir menopouse. Jangan tak tahu akibat daripada masalah di bahagian sulit juga boleh menyebabkan terbitnya  bau yang kurang menyenangkan pada tubuh anda.



Cara rawatan yang boleh dilakukan:


1. Pastikan kawasan yang gatal, kering dan sejuk. Pakai pakaian yang longgar.

2. Jangan garu pada kawasan yang gatal itu. Menggaru agak kerap boleh menyebabkan lebih pedih dan sakit.

3. Basuh kemaluan dengan pembersih wanita yang sesuai (pH 3.5)- bukannya dengan sabun biasa ye...

4. Pakai pelincir ketika melakukan hubungan seks.

5. Setelah buang air kecil atau air besar, cuci  dan keringkan dengan tuala atau kain yang bersih atau tisu antiseptik. Lakukan dari hadapan ke belakang. (Faraj ke dubur)

6. Seeloknya ketika haid, cuba gunakan tuala wanita, tampon atau pantiliner berherba sehingga sembuh.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails