Friday, December 11, 2009

Tip Untuk Mekap


Kebanyakan dari kita merasa tidak lengkap sekiranya tidak bermekap. Kalau tak mekap nak pandang muka orang pun malu hu..hu. Tapi harus ingat, bermekap kena ada gayanya, silap mekap, nanti orang ingat badut terlepas pulak. Pemakaian mekap ni macam satu seni la. Nampak macam senang, tapi bila nak buat tu belum tentu nampak cantik.
Nak mekap ni kena la tau struktur muka dan apa yang bersesuaian dengan kondisi muka kita. Bahan mekap kena la blend dengan betul, tak nak la nampak garis-garis atau berbelak kat muka tu. Kalau kena gaya..fuh meletops..

Memetik pandangan jurusolek profesional, Eleena Lamat yang lebih lima tahun berpengalaman dalam bidang solekan berkata, solekan untuk majlis pada siang hari dan malam perlu dibezakan jika tidak kecantikan wajah tidak akan terserlah.

Asas Penjagaan Kulit
First thing first, sama ada nak try mekap teknik yang baru, pastikan kulit wajah sentiasa bersih. Jangan lupa penjagaan asas kulit majah iaitu membersih, menyegar dan melembab. Tanpa wajah yang bersih, mekap tidak dapat dilakukan dengan sempurna.

Mata
Kebanyakan wanita tercari2 tips-tips mekap untuk mata bagi menyerlahkan lagi mata mereka. Guna eyeliner yang natural contohnya coklat gelap ataupun kelabu, adalah satu contoh yang baik. Mata akan kelihatan tidak begitu garang berbanding penggunaan eyeliner hitam.

Letakkan secara nipis je di atas dan di bawah garis mata. Ni kalau nak mekap nampak natural la..Kalau nk pegi kenduri ke majlis ke, nk kena mekap tebal skit la. Lain plak tips mekapnya.


Bagi solekan waktu malam, warna yang digunakan lebih cerah dan terang supaya dapat menyerlahkan lagi wajah seseorang itu.

Pembayang mata dengan warna terang ini dapat menyerlahkan seri wajah dengan rona gelap malam hari selain mengambil kira kesan gemerlapan cahaya lampu pada majlis yang biasanya diadakan di hotel. Namun, warna terang yang digunakan bukannya yang terlalu bersinar seperti merah dan oren kerana ia akan memberi kesan sebaliknya.

Bagi mereka yang ada lingkaran gelap di bawah mata, anda disyorkan menyamarkan lingkaran tu dulu sebelum memekapkan mata. Gunalah concealer dari warm tone, yang akan menyamarkan kesan gelap tu. Letakkan concealer tu di bahagian bawah mata, seboleh-bolehnya bermula dari bahagian bawah tempat keluar air mata tu. Sapukan sampai ke bawah sampailah ke penghujung mata.


Lepas dah letak tu jangan lupa pulak blendkan dengan berus ke, sponge ke ataupun kalau nak jimat tu blendkan je dengan tangan.. boleh aje asalkan tak nampak lingkaran putih plak kat bawah mata. Blendkan biar concealer tu sekata dengan kulit wajah.

Kalau sesapa nak guna maskara ke, jgn lupa pakai yang waterproof, takut sat gi maskara pulak yang buat lingkaran bawah mata..

Kalau ada sesiapa yang mata sembab tu, seboleh-bolehnya jangan pakai mekap kat mata tu tebal2 sangat. Letak eyeshadow nipis2 je, begitu gak dengan eyeliner. Ini boleh, mengurangkan tumpuan pada mata yang sembab tu tadi.

Akhir sekali, jangan lupa bahagian kening tu. Kening yang tak terjaga, akan memburukkan lagi penampilan seseorang walaupun mekap bagai nak rak. Kalau tak tau cara nak rapikan kening, mintak bantuan pakar atau pun jika ingin lebih jimat, belajarlah untuk merapikan kening anda sendiri. Ia bukanlah sesuatu perkara yang sukar jika anda tahu caranya.

Jangan sesekali mencukur habis kening anda atau menjadikannya terlalu nipis, kerana sekarang ni dah tak jadi trend lagi dah. Yang penting ia mestilah nampak natural..

Mulut
Bagi mereka yang berbibir nipis, untuk mendapatkan visual bibir yang penuh (bukan tebal ye) bukan lah sesuatu yang sukar. Hanya perlu menggariskan bibir dengan menggunakan penggaris bibir dan besarkan sedikit bahagian bawah.

Lepas meletakkan lipstik atau lip gloss, letakkan sedikit lip gloss yang sedikit terang dibahagian tengah bibir bawah tadi. Jangan gariskan lip liner tu terlalu jauh dari garis bibir..nanti orang ingat badut pulak..

Dah dapat bibir yang meletop tapi susah pulak nak tahan lama.. caranya mudah saja, warnakan bibir dengan lip liner td dan apply lg sekali lipstik di atasnya.. lip liner bertindak sebagai gam dan ia pastinya dapat menahan lipstik dari tertanggal dengan lebih cepat..


Pipi
Jika ada orang cakap anda mempunyai tulang pipi yang timbul (kira cantik la tu) gunakan kelebihan yang ada dengan memberi keutamaan kepada bahagian itu. Ini adalah salah satu teknik yang senang di pelajari.

Gunakan warna peach bagi kulit cerah dan ‘dull pink’ untuk kulit gelap.

Kalau boleh gunakan berus yang besar untuk menyapu blusher supaya sapuan lebih sekata. Takde la nanti macam clown kalau terlalu warna tak sekata. Sapuan haruslah dibuat secara menyerong dari bahagian tulang pipi menghala ke mulut. Jangan pulak sapu dari arah yang bertentangan sebab sapuan yang pertama tu (selalunya lebih terang) haruslah dapat menyerlahkan tulang pipi anda. Barulah boleh kata pipi bak pauh dilayang...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails