Wednesday, December 23, 2009

Rawatan Wajah Dirumah dengan Avon Rejuvenate


Wanita beranggapan hanya dengan membelanjakan kos tinggi untuk rawatan wajah di spa atau salon mampu menyembunyikan tanda-tanda penuaan seperti garis halus, permukaan kulit kasar dan tidak sekata.

Pendapat ini sebenarnya salah. Sebaliknya, rejim penjagaan kulit wajah yang betul disertai produk berkualiti, terjamin dan selamat di samping aspek pemakanan serta gaya hidup menjadi ukuran.

Pun begitu sebahagian besar di antara kita masih belum menemui produk yang benar-benar sesuai dengan diri mereka apatah lagi memenuhi keinginan seperti memutih dan menghilangkan kesan cela di wajah.

Kebanyakan orang pula melihat produk mahal berjenama sebagai pilihan terbaik untuk 'diterokai' pada kulit wajah mereka. Akhirnya, wajah jadi mangsa dan tinggal kesan-kesan parut akibat 'eksperimen' spa di rumah.

Noorashikin Selamat berkata, terdapat banyak pilihan produk penjagaan kulit yang dipercayai sejak bertahun-tahun lamanya yang boleh digunakan oleh semua wanita terutama di negara tropika seperti Malaysia.

"Masalah utama yang dihadapi adalah kulit berminyak disebabkan penggunaan pelembap yang terlalu banyak atau kurang sesuai dengan kulit.

"Produk seperti Avon direka khas bagi memenuhi keperluan kulit wanita Asia yang banyak terdedah kepada pancaran matahari," kata Pengurus Komunikasi Jenama Avon Malaysia itu.
Terbaru, jenama itu memperkenalkan formulasi baru Anew Rejuvenate yang menggabungkan teknologi rawatan profesional eksklusif seperti kompleks Exfo-Smoothing yang menyerlahkan semula kesegaran kulit agar kelihatan lebih mulus, muda dan sihat.

Teknologi MiniExtraction dan Facial FX pula bertindak seperti ribuan ekstrak mikro menyedut keluar kotoran dari liang roma dan mengukuhkan hubungan sel, menjadikan kulit lebih licin serta anjal.

Anew Rejuvenate Revitalizing menggabungkan elemen utama rawatan wajah profesional iaitu menyental, mengekstrak dan melembap dengan teknologi terkini yang menyerap jauh ke dalam lapisan kulit.

Ia juga mengandungi rumusan khas yang membantu mengurangkan garis halus, saiz liang roma, melicinkan permukaan kulit dan warna lebih sekata.

Tekstur krim siang Rejuvenate Revitalizing SPF 25 jauh lebih ringan berbanding pelembap biasa disebabkan formulasi bebas minyak, sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif seperti kebanyakan wanita berusia.

Sementara krim malam pula lebih bersifat gel yang memberikan kesegaran sebelum tidur agar kulit kelihatan lebih muda, segar dan berseri keesokan paginya.



Untuk membuat rawatan anti-penuaan wajah profesional sendiri di rumah, ikuti langkah-langkah yang betul dan amalkan sekurang-kurangnya seminggu sekali menggunakan produk kegemaran anda.

1 comments:

AISYAH HANI on December 26, 2009 at 11:45 PM said...

cuba komen di sini

Related Posts with Thumbnails